5 fase zaman menurut rasulullah

Menurut hadith Nabi, zaman ummat Nabi
Muhammad S.A.W dibahagikan kepada 5
bahagian mengikut kerangka masa:
“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah
kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian
Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang
mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj
an-nubuwwah] adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya kerajaan menggigit [Mulkan
'Adhan], adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu kerajaan menyombong [Mulkan
Jabariyyan], adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khalifah yang
mengikuti jejak kenabian [Khalifah 'ala minhaj
an-nubuwwah]
Kemudian Nabi diam.”
- Hadith Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi
daripada Nu'man bin Basyir daripada
Hudzaifah -
Mengikut Rasulullah S.A.W, fasa pertama
adalah pada zaman Nabi masih hidup, zaman
ini telahpun berlalu, kemudian zaman
pemerintahan yang mengikut cara
pemerintahan kenabian, kita dapati umat Islam
diperintah oleh 4 khulafaa ar Rasyidin, inipun
telah berlalu, kemudian datang pula zaman
pemerintahan kerajaan yang 'menggigit' yakni
yang menyerahkan kekuasaan kepada
keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa
ini, kerajaan Ummayyah, Abasiyyah dan
Uthmaniyah yang berkuasa menggunakan
sistem monarki, zaman inipun telah berlalu.
Kemudian datang pula satu zaman dunia
diperintah oleh pemerintah yang sombong dan
bermaharajalela. Inilah fasa atau zaman yang
sekarang ini. Kemudian setelah berlaku fasa ke
empat akan datang pula fasa ke lima. Dalam
fasa ke lima, dunia akan diperintah
sebagaimana cara Nabi mengikut syari'at
Islam. setelah selesai menceritakan hal itu
tiba-tiba Rasulullah S.A.W diam dan diam
tersebut bermaksud sejarah manusia sudah
tamat.
Rasulullah S.A.W telah mengingatkan bahawa
hidup dalam fasa ke empat akan kedatangan
satu fitnah yakni fitnah yang paling besar
dalam sejarah ketamadunan manusia, itulah
fitnah al-Masih ad-Dajjal.
Dajjal tidak akan datang pada fasa ke lima,
fasa ini kekuasaan telah berada di tangan
orang-orang yang beriman. Dajjal tidak akan
muncul selepas fasa ke lima kerana masa
sejarah ketamadunan manusia telahpun tamat.
Pada fasa ke empat itulah IBLIS akan
mengumpulkan dan menyesatkan seberapa
ramai [seramai mungkin] manusia untuk
mengikutnya ke neraka dan dalam fasa ke 4
inilah kita berada sekarang ini.
Sebelum turunya Nabi Isa a.s akan datangnya
Imam Mahdi yang akan membawa kita ke fasa
ke 5 seterusnya mengakhiri ketamadunan
manusia.
---------------------------------------------
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap
asing dan ganjil. Dan ia akan kembali
sebagaimana permulaannya, dianggap asing
dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang
yang ganjil.”
- Hadith Muslim no. 145 -
Beruntunglah manusia yang asing di akhir
zaman. Terasing kerana Islam yang
digenggam. Zaman berganti zaman, Islam
asing [gharib] kali kedua, hati-hati jenih
fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini
sedikit sekali kerana golongan ini sering
mendapat tapisan demi tapisan dari Illahi
sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang
yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.
Tiada kemuliaan kecuali dengan Islam,
Tiada Islam kecuali dengan penerapan Syariah,
Tiada penerapan Syariah kecuali dengan
Daulah Khilafah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar